Skip to main content

ARTIKEL AKADEMI LATIHAN DIGITAL KOMUNITI PERSATUAN PERDANA

ARTIKEL 1

SEBELUM MULAKAN PERNIAGAAN, APA YANG WAJIB ANDA LAKUKAN ?

Apabila kita hendak menceburi bidang Perniagaan. Satu perkara yang akan terus bermain diminda kita adalah Apa Perniagaan yang akan kita ceburi? Berapa modal yang diperlukan untuk berniaga? Apa ilmu, kemahiran dan pengalaman yang kita boleh guna pakai untuk melariskan jualan kita dan sebagainya. 


Kembali pada point yang utama, sebelum memulakan sesuatu perniagaan kenal pasti tiga perkara ini dalam diri anda. 


Pertama, berapa modal yang kita ada. Jika tiada macam mana cara untuk cari modal. Berhutang dengan kawan atau bank atau syarikat pinjaman? Jangan sesekali berhutang jika tidak mahu terbelit dalam masalah hidup yang berpanjangan. 


Jadi solusinya adalah berniaga sahaja dengan apa yang ada ditangan. Jika kita ada ilmu, gunakan ilmu untuk cari modal. Jika kita ada kemahiran, gunakan kemahiran untuk cari modal. Jika kita ada pengalaman, gunakan pengalaman untuk cari modal. 


Contohnya jika kita ada kemahiran memasak. Tawarkan katering atau masakkan kita kepada orang lain. Dapatkan bayaran kemudian masaklah sehingga penawaran itu dapat dipenuhi sepenuhnya. 


Begitu juga jika kita ada ilmu. Apa sahaja ilmu yang kita ada. Kita pula mahir terhadap ilmu itu, maka jadikanlah ilmu tersebut sebagai sumber pendapatan. Contohnya, jika anda mahir Matematik. Tawarkan Tuisyen Matematik bagi mereka yang memerlukan. 


Kedua, kenal pasti ilmu, kemahiran dan pengalaman kita. Apa Ilmu, kemahiran dan pengalaman kita dalam bidang tertentu sehingga kita mahir terhadapnya dan boleh menghasilkan yang terbaik ke atasnya. 


Jika ada, dan beberapa jenis, kenal pasti perkara yang paling anda minat dan suka. Kemudian, rangka pelan strategi untuk hasilkan produk yang terbaik dan memenuhi kehendak pasaran. 


Ketiga, kenal pasti pasaran anda iaitu siapa target market anda, apa yang mereka suka, apa yang mereka tak suka, apa penawaran yang ada dipasaran yang sama persis dengan produk kita. 


Jika anda sudahpun temui semua penjelasan ke atas tiga persoalan diatas. Maka, buatlah keputusan yang terbaik. Mulakan perniagaan anda dengan cara cari modal perniagaan melalui apa yang kita ada.

ARTIKEL 2

TIGA JENIS PRODUK PERNIAGAAN YANG BOLEH DINIAGAKAN SEPANJANG TAHUN 2026, APAKAH ITU ?

Seiring dengan perkembangan Zaman Teknologi Digital. Kini, perniagaan terus rancak berinovasi tanpa sempadan. 


Jika dulu perniagaan terhad dilapangan seperti kedai, warung, hypermarket dan sebagainya. Kini, perniagaan berada dihujung jari masing-masing iaitu handphone anda. 


Setiap handphone yang ada bukan sahaja bertindak sebagai alat komunikasi, info pelbagai maklumat dan tempat pembelajaran tanpa sempadan. Malah merupakan perintis kepada perniagaan online tanpa sempadan. 


Sebab itu anda kena bertindak merebut peluang didepan mata untuk memasarkan produk anda didalam media sosial dan pelbagai lagi aplikasi online yang lain. 


Pendek kata, jika hari ini anda hanya mengharapkan gaji sebagai sumber pendapatan. Nescaya ianya tidak akan mampu mencukupi keperluan anda. 


Hal ini kerana kenaikan harga barang semakin rancak disaat gaji purata belum mampu menstabilkan diantara keperluan dan kehendak setiap isi rumah. 


Jadi sangatlah wajar setiap individu memiliki side income selain daripada pendapatan tetap. Jika tidak kita tidak akan mampu memenuhi keperluan seharian diri kita dan keluarga. 


Berbalik kepada persoalan asal. Side income yang terbaik pada masa ini adalah berniaga secara online sama ada sebagai owner produk, ejen mahupun affiliate. 


Namun jika anda seorang yang tidak suka ikuti peraturan orang lain. Maka, buatlah produk sendiri, ikuti sistem sendiri dan mengikut masa kelapangan anda. 


Hal ini tidaklah sesusah mana dan tidak juga semudah yang anda fikirkan. Sebab setiap perniagaan pasti ada risiko yang anda kena tanggung. Pasti ada kebaikan dan keburukan. Namun kebaikan dan keburukan itu kita mampu kawal sebab kita adalah owner produk. 


Seperti tajuk diatas yang ingin kita bincangkan adalah apakah produk terbaik yang boleh diniagakan pada tahun 2026. 

Jawapannya adalah terdapat 3 jenis produk yang boleh diniagakan pada tahun 2026 iaitu Produk Fizikal, Produk Perkhidmatan dan Produk Digital. 


Produk Fizikal adalah Produk yang kita boleh pegang dan rasa seperti makanan, minuman, pakaian, rumah, kereta, almari, kasut, beg dan sebagainya. 


Manakala Produk Perkhidmatan pula adalah yang melibatkan service atau kemahiran seperti mekanik, baiki hp, baiki laptop, tutor, tuisyen, motivator, guru ngaji dan sebagainya. 


Seterusnya, Produk Digital iaitu Produk yang bersifat maya seperti poster, video, ebook, website, apps dan sebagainya. 


Jadi Bagaimana Cara untuk memilih produk yang boleh diniagakan pada tahun 2026. Jawapannya adalah bergantung kepada ilmu, kemahiran, pengalaman dan hobi anda. 


Kenapa? Kerana perniagaan ini adalah satu percubaan untuk menghasilkan produk, menilai produk, dan menghasilkan keuntungan dari produk. 


Prosesnya agak leceh dan ambil masa, jadinya wajib bagi kita terlebih dahulu memahami dengan baik apa yang kita akan jual sebelum menjual produk tersebut. 


Susahkah untuk mulakan perniagaan, jawapannya tak susah. Asalkan kita sudah memahami setiap jalan menghasilkan produk yang bermutu, bagaimana hasilkan produk yang bermutu, dan nilai tinggi yang menyebabkan kita boleh meletakkan harga yang sewajarnya pada setiap produk yang kita keluarkan. 


Pendek kata, sebelum keluarkan produk pastikan kita mahir tentang ilmu produk secara details bukan hanya sekadar uji cuba atau suka-suka. 


Setelah itu pasang strategi, buatkan langkah demi langkah didalam melestarikan perniagaan. Seterusnya juallah sehingga produk kita mampu menembusi pelbagai jenis pasaran, sama ada pasaran domestik mahupun antarabangsa. 

ARTIKEL 3

PRODUK FIZIKAL APA YANG LAKU PADA TAHUN 2026 ?

Produk Fizikal adalah Produk yang bersifat boleh dipegang, dirasa, dilihat dan digunakan. Produk Fizikal sudah lama mendominasi dunia perniagaan. 


Produk Fizikal sentiasa diinovasi bergantung pada inovasi dan kreativiti pasaran dan persaingan. Semuanya bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna. 


Produk Fizikal yang laris atau laku keras pada tahun 2026 adalah produk yang bersifat natural, mudah digunakan dan senang untuk mendapatkannya. 


Antara Produk Fizikal yang laris pada tahun 2026 adalah makanan seperti sayur-sayuran dan bahan mentah untuk masakan iaitu ayam, ikan, udang, ketam yang diolah boleh dibeli segar terus datang ke rumah pelanggan. 


Hal ini kerana kesibukkan pengguna kini banyak tanggung jawab yang tergalas dibahu seperti pekerjaan, perniagaan mahupun tanggung jawab terhadap keluarga. Hal ini menyebabkan mereka memerlukan perkhidmatan yang memudahkan urusan mereka supaya mengurangkan masa mereka ke pasar mahupun pasaraya. 


Dalam masa yang sama juga, pengguna atau konsumer yang terlalu sibuk dengan tanggung jawab kadang-kadang tiada masa untuk memasak mahupun makan ke kedai-kedai makan. Mereka memerlukan makanan yang ready to eat, hanya perlu dituangkan air biasa, kemudian panas dan terus dimakan. 


Sesungguhnya kesibukkan pada masa ini adalah perniagaan yang wajib dibeli oleh para peniaga. Bukankah seorang usahawan terlahir kerana ingin mengatasi masalah-masalah pelanggan mereka. Ketahuilah setiap masalah pengguna adalah jalan perniagaan bagi usahawan. 


Perniagaan Produk Fizikal yang masih releven hingga kini adalah baju. Baju yang memudahkan urusan pengguna kita ke tempat kerja, berniaga atau membuat kerja rumah sangat penting untuk diniagakan. Begitu juga baju uniform dan baju perayaan seperti baju kurung, kebaya, jubah dan lain-lain. 


Pada harini kesedaran masyarakat pada syariat Islam untuk menutup aurat dengan sempurna semakin meningkat. Seiringan dengan itu, permintaan terhadap produk patuh syariat semakin tinggi. 


Sudah menjadi kewajipan bagi para usahawan untuk menjual produk yang patuh syariat, agar keuntungan kita meningkat dan dalam masa yang sama, memartabatkan syariat Islam diperingkat tertinggi. Insya Allah. 


Sehubungan dengan itu, untuk lebih memahami jenis-jenis produk fizikal yang boleh diniagakan pada masa kini adalah dengan banyak melihat keperluan semasa pengguna di media sosial dan platform shopping online. 


Hal ini kerana semakin banyak pembeli, semakin ramailah orang yang memerlukannya. Lalu tawarkan kepada mereka jenis barang yang sama, seakan sama, barang pengganti atau barang penggenap bagi produk sedia ada. 

ARTIKEL 4

PRODUK PERKHIDMATAN APA YANG LARIS PADA TAHUN 2026 ?

Produk Perkhidmatan adalah produk service sama ada dalam bentuk ilmu atau kemahiran. Produk ilmu seperti ilmu coding, ilmu belajar Al-Quran, ilmu baiki kereta dan macam-macam lagi yang bersifat tutorial. 


Ada juga produk perkhidmatan dalam bentuk bengkel seperti bengkel motivasi, bengkel solat, bengkel marketing, bengkel running ads dan macam-macam lagi. 


Seterusnya yang bersifat kemahiran seperti katering, tutorial masakan, tutorial buat minuman yang turut dikenali sebagai pjj atau pengajian jarak jauh. 


Semua produk perkhidmatan boleh diniagakan. Sekiranya anda pandai bahagian plumbing, baiki aircond, baiki rumah, baiki atap rumah, baiki bumbung atau syiling bocor, pandai buat bilik, pandai cuci rumah dan sebagainya. Nescaya itulah peluang perniagaan buat anda. 


Begitu juga sekiranya anda pandai dalam akademik seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan sumber pendapatan buat anda. 


Sekiranya anda pandai repair handphone, repair laptop, repair sinki, repair kasut, repair segala kerosakan, itu semua boleh jadi sumber pendapatan. 


Begitu juga jika anda suka berkebun dan bertani. Dari pertanian rumahan boleh jadi nurseri dan sumber pendapatan buat anda. Tiada lagi istilah saya tidak tahu nak niaga apa dan saya tiada modal kerana semuanya bermula dari anda. Mahu jadi usahawan ataupun tidak. 


Apa pun ilmu, kemahiran dan pengalaman bakat yang anda miliki. Semuanya adalah peluang untuk jana pendapatan dalam bentuk perniagaan buat anda. Nak seribu daya, tak nak

seribu dalih. 

ARTIKEL 5

PRODUK DIGITAL APA YANG MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI PADA TAHUN 2026 ?

Era Digital kini menyaksikan produk-produk digital yang semakin giat ditawarkan dan diniagakan atau diperlukan dipasaran. 


Jika dahulu barang-barang yang diniagakan terhad kepada barang-barang fizikal dan perkhidmatan. Kini, satu lagi produk yang terlalu banyak permintaan dipasaran kini adalah produk digital. 


Produk digital yang sangat banyak diperlukan diluar sana adalah poster, video, websites, banner, banting, flayes, brochure, majalah, jurnal, planner, ebook dan sebagainya. 


Produk Digital ini adalah pemangkin kepada produk fizikal dan produk perkhidmatan. Maknanya selagi ada produk fizikal dan produk perkhidmatan, maka permintaan terhadap produk digital akan terus melonjak. 


Dunia digital kini menyaksikan media sosial yang memerlukan banyak sekali poster dan video yang diperlukan setiap hari sebagai content, engagement mahupun untuk tujuan advertising. 


Hal ini kerana tatapan didalam media sosial bergantung kepada graphics, video dan penulisan menyebabkan permintaan produk digital berkembang dengan sangat pesat. 


Semakin elok hasil design graphics yang kita lakukan. Maka semakin banyaklah orang membaca dan melihat media sosial kita. Poster yang menarik bukan sahaja boleh menghasilkan banyak tontonan, malah boleh menghasilkan banyak orang membeli melaluinya. Insya Allah. 


Manakala video yang menarik pula boleh menyebabkan media sosial kita diterima dengan baik seterusnya menghasilkan banyak pendapatan melalui video-video yang ditonton. 


Seterusnya, website yang kita hasilkan mampu menjana pendapatan kerana menggabungkan copywriting, info, poster dan video untuk menarik sebanyak mungkin orang mengunjunginya, lalu membeli melalui website. 


Produk Digital adakalanya dijual dalam bentuk link template live. Mereka tinggal masuk ke dalam aplikasi lalu mengubahnya ataupun dijual dalam bentuk bahan bacaan seperti ebook, planner, kalendar, buku dan sebagainya. 


Sesungguhnya Produk Digital ini adalah low cost kerana hanya memerlukan internet dan aplikasi berbayar untuk membuat pelbagai design graphics yang menarik, lalu kita menjualnya dipasaran. 


Tiada lagi istilah tidak mampu berniaga kerana tiada modal atau kekurangan modal. Sesungguhnya hendak seribu daya, pasti akan berjaya. Banyak dalih, kita akan ketinggalan dan jauh terkebelakang.