
Akademi Latihan Digital Komuniti adalah satu Akademi yang telah ditubuhkan oleh Persatuan Perdana.

Persatuan Perdana adalah satu Pertubuhan yang digerakkan untuk membantu usahawan di negara ini. Kini, Persatuan Perdana mengorak langkah lagi dengan menubuhkan Akademi Latihan Digital Komuniti.

Matlamat Akademi Latihan Digital Komuniti adalah untuk melahirkan ramai masyarakat yang cakna dan mahir Ilmu Digital secara Praktikal dan Analitikal.

Misi & Visi Akademi Latihan Digital Komuniti adalah untuk melahirkan ramai usahawan berjaya dan masyarakat yang berdaya saing dalam menguasai ilmu digital.

Pusat Data e-Learning ODL,
Akademi Latihan Digital
Komuniti,
Persatuan PERDANA,
No. 17, Jalan Jelatang 30
Taman Megah Ria,
81750 Masai,
Johor, Malaysia.

Call / WhatsApp :
+60107707969
Emel :
akademidigitalperdana@gmail.com

Laman Utama dalam Website ini menyentuh tentang 9 Jenis Kaedah Pembelajaran dan Senarai Kursus yang pihak Akademi Latihan Digital Komuniti sediakan. Pada tahun 2026 pihak Akademi Latihan Digital Komuniti menyediakan 45 Kursus berkaitan Keusahawanan, Pemasaran, Pengiklanan, Graphics dan Teknologi.

Laman Artikel adalah pengkongsian Ilmiah tentang kursus-kursus yang sedang berjalan pada setiap bulan.

Laman Poster adalah laman perkongsian poster-poster untuk menerangkan secara terperinci kursus-kursus yang sedang berjalan.

Laman Info Graphics adalah laman ringkasan Ilmu tentang kursus-kursus yang sedang dijalankan.

Laman Ebook adalah laman yang menjadi rujukan penting tentang ilmu-ilmu didalam kursus-kursus yang dijalankan. Boleh dibaca terus atau dimuat naik ke dalam handphone, laptop, pc atau tablet.

Laman Video Penerangan adalah laman yang merujuk kepada video yang menceritakan tentang kursus-kursus yang sedang dijalankan.

Laman Video Pembelajaran adalah laman tentang cara pembelajaran kursus-kursus dibawah.

Laman Link Template Live adalah contoh pembuatan kursus-kursus yang sedang dijalankan. Boleh diguna pakai untuk menghasilkan design graphics.

Laman Peperiksaan Digital adalah laman yang disediakan untuk pelajar-pelajar mengasah bakat. Selepas memahami kursus-kursus yang telah dipelajari.

Laman Sijil Digital adalah laman yang menyenaraikan senarai pelajar yang telah mendapatkan Sijil Digital iaitu Sijil Digital Kehadiran Kursus Pembelajaran dan Sijil Tamat Kursus Pembelajaran yang mengesahkan pelajar-pelajar telah mengikuti kursus-kursus yang pihak Akademi telah laksanakan.

Modul Silibus E-Learning Pembelajaran Digital Tahun 2026
TEKAN PADA NAMA KURSUS DIBAWAH UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG KURSUS