


Produk adalah barang yang wajib ada untuk dijual atau diniagakan. Sebelum memulakan perniagaan, satu perkara yang sangat penting perlu kita ketahui adalah Apa Jenis Barang atau Produk yang bakal kita jual?
Apa Jenis Barang atau Produk yang bakal kita jual adalah bergantung kepada ilmu, kemahiran, pengalaman, hobi dan modal yang kita ada.
Setelah itu, hendaklah kita mengenal pasti cara untuk menghasilkan barang tersebut, sama ada kita hasilkan secara homemade, handmade, design sendiri atau kendalian sendiri.
Kemudian, hendaklah kita kenal pasti Bagaimana Cara Terbaik untuk membungkus, melabel dan meletakkan sticker agar produk kita lebih mudah dikenali dan senang untuk diulang beli berkali-kali.
Setelah kita ada produk, sudah siap dengan pembungkusan terbaik. Maka, hendaklah kita membina strategi marketing yang terbaik. Hal ini adalah kerana produk yang kita jual tidak akan mampu sampai kepada pelanggan seandainya ianya tidak disampaikan melalui iklan kepada pelanggan. Disinilah peranan strategi marketing bermula.
Tentu anda pernah dengar, tiada marketing tiada untung. Hakikatnya marketing adalah denyut nadi kepada perniagaan. Tanpa marketing kita tidak akan mampu hasilkan keuntungan dan produk kita tidak akan mampu dibeli oleh orang ramai.
Berbalik kepada persoalan utama diatas, apa produk yang boleh diniagakan pada tahun 2026?
Sebelum kita mengorak langkah lebih jauh lagi tentang produk terlebih dahulu, anda wajib tanya pada diri anda. Kenapa saya kena berniaga dan jadi usahawan? Why, Kenapa?
Big Why ini sangat penting agar kita tidak mudah putus asa didalam melalui semua proses perniagaan. Sesungguhnya perniagaan itu tidak semudah seperti yang dirancang dan tidak sesusah juga seperti yang difikirkan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Big Why yang terbaik untuk kita memulakan perniagaan adalah diri sendiri, keluarga dan ummah. Saya nak jadi usahawan supaya jadi orang yang berguna untuk Allah, agama, diri sendiri, keluarga dan bermanfaat untuk ummah.
Berniagalah kerana berniaga akan menaikkan martabatmu sebagai seorang manusia yang bijaksana didalam mengatur strategi, menghasilkan produk-produk berkualiti dan keuntungan dari perniagaan boleh kita gunakan untuk membangun diri, keluarga dan ummah.
Pendek kata Perniagaan dan Keusahawanan adalah satu usaha yang sangat penting didalam sesebuah negara untuk menjana kemajuan dalam bidang ekonomi, sosial dan tadbir urus sesebuah negara sehingga berkembang majulah negara itu dengan saksama.
Bila mana negara kita jadi pengeluar barang-barang produk, sama ada dalam bidang bahan mentah, barang siap mahupun barang separuh siap. Maka perindustrian dan kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara akan berkembang pesat.
Hal ini akan menjana ekonomi kepada rakyat, memberikan banyak peluang pekerjaan, mewujudkan keseimbangan harga diantara penawaran dan permintaan dipasaran. Malah sistem pendidikan, teknologi dan insfrastruktur negara akan mampu dimapankan seiring dengan perkembangan industri perniagaan dalam sesebuah negara.
Ini membuktikan betapa pentingnya rangkaian perniagaan ini dibina, bagi melahirkan ramai usahawan dari kalangan warga Malaysia. Selanjutnya mampu membina rangkaian perdagangan domestik yang lebih teratur, yang bukan sahaja mampu memenuhi kehendak pasaran dalam negara, malah mampu pula dieksport ke luar negara.
Saban hari kita dihimpit dengan kenaikan harga barang yang melonjak tanpa kawalan. Ada yang sampai catu perbelanjaan, ada yang sampai berhutang keliling pinggang dan tidak kurang juga yang sanggup bekerja dua hingga tiga kerja setiap hari. Mengorbankan masa rehat, masa tidur dan masa untuk membina keluarga.
Sesungguhnya hidup ini seperti merantai kita untuk memfokuskan diri dengan mencari rezeki. Namun adakalanya, rezeki tetap tidak mampu memenuhi semua keperluan yang kita kehendaki. Walaupun masa sudahpun banyak dikorbankan untuk mencari rezeki, namun seolah-olah ianya tetap tidak mencukupi.
Dimana silapnya ataukah sudah tiba masanya untuk kita beralih arah. Jika dulu kita sibuk bekerja, sudah tiba masanya untuk kita sibukkan diri berniaga.
Seiring dengan itu, marilah kita beranjak kepada berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Namun, mungkin masih ramai yang takut-takut untuk berniaga. Hal ini kerana ketiadaan modal, tiada bimbingan dan tiada idea untuk memulakan perniagaan.
Sebelum memulakan perniagaan, satu perkara yang kita kena tahu adalah perniagaan ini adalah aktiviti jual dan beli. Kita menjual barang kepada pelanggan kerana pelanggan memerlukan barang tersebut. Aktiviti menjual ini dikenali sebagai penawaran, manakala pembelian pula adalah aktiviti permintaan.
Dimana ada penawaran, disitu ada permintaan, begitu juga sebaliknya. Terdapat dua situasi peniaga yang ada dipasaran. Pertama yang menjual apa sahaja yang dia mampu untuk jual. Manakala, yang kedua adalah menjual kerana barang tersebut diperlukan atau mendapat permintaan dari pelanggan.
Barang-barang yang dijual ini pula adakalanya barang yang dibuat sendiri secara homemade, hand made, ready made, ready stock dan kendalian sendiri. Tidak kurang juga yang menjual barang orang lain secara affiliate, ejen, pemborong, dan menjual secara runcit dikedai-kedai mahupun secara online.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kenali dulu jenis-jenis produk yang boleh dijual dipasaran masa kini.
Terdapat tiga jenis produk yang dapat banyak permintaan dipasaran iaitu Produk Fizikal, Produk Perkhidmatan dan Produk Digital.
Produk Fizikal adalah produk yang boleh dipegang, dirasa, dimakan dan dinikmati. Antara contoh Produk Fizikal adalah Makanan, Minuman, Pakaian, Tempat Tinggal, Kasut, Beg, Almari, Peralatan Dapur, Peralatan Elektrik, Kuih Muih, Peralatan Sekolah dan pelbagai lagi.
Manakala, Produk Perkhidmatan pula adalah produk yang bersifat servis atau khidmat seperti cat rumah, baiki rumah, katering, service cleaning, baiki aircond, baiki computer, baiki kereta, baiki handphone, urutan, bekam, tuisyen dan sebagainya.
Seterusnya, Produk Digital adalah Produk yang bersifat maya atau teknologi seperti poster, video, graphics, template, website, apps, coding dan sebagainya.
Seandainya kita sudah ada modal untuk memulakan perniagaan. Maka mulakanlah perniagaan dengan menjual produk orang lain ataupun buat sendiri produk tu dari awal. Bermula dari menghasilkan produk, pembungkusan atau packaging, labelling atau sticker.
Namun, jika kita nak mula berniaga dengan tiada modal, maka kita boleh bermula dengan jadi affiliate, menjual barang orang lain, dan mendapatkan komisyen darinya, atau membuat service yang kita mahir, ada ilmu dan punyai hobi yang kita suka, tawarkan kepada pelanggan.
Akan tetapi, jika kita tidak suka menjual barang orang lain kerana terlalu banyak persaingan dalam pasaran dan dalam masa yang sama kita juga tiada skill dalam ilmu mahupun servis. Maka, kita boleh mulakan dengan menawarkan produk digital.
Modalnya hanya internet, dan bayar apps bulanan serendah Rm 30 sebulan contohnya adalah apps Canva, Ai, Capcut, dan pelbagai lagi apps graphics yang lain.
Pendek kata, berniaga ini tidak susah dan tiada alasan. Dimana ada kemahiran, disitu ada jalan. Insya Allah.



1. Makanan
2. Minuman
3. Frozen Food
4. Pertanian
5. Penternakan
6. Hasil Laut
7. Hasil Hutan
8. Herba
9. Minyak
10. Buah
11. Sayur
12. Bunga
13. Madu
14. Ubat-ubatan
15. Biskut
16. Kuih
17. Kerepek
18. Keropok
19. Ready to Eat
20. Rempah Powder
21. Rempah Giling
22. Air Mineral
23. Air Botol
24. Air Kotak
25. Air Tin
26. Jus
27. Nursery Garden
28. Baju
29. Kain
30. Tudung
31. Tuala
32. Pakaian Dalam
33. Pakaian Ibadah
34. Pakaian Kerja
35. Pakaian Uniform
36. Benang
37. Mesin Jahit
38. Skincare
39. Healthy Care
40. Shampoo
41. Shower
42. Gel dan Liquid Penjagaan Diri
43. Kosmetik
44. Kayu
45. Buku
46. Papan
47. Batu Bata
48. Simen
49. Cocopeat
50. Tanah Pertanian
51. Sekam Bakar
52. Baja
53. Ikan Air Tawar
54. Udang Lobsters Air Tawar
55. Cendawan
56. Pengeluar Padi dan Beras
57. Pengeluar Gandum
58. Pengeluar Gula
59. Pengeluar Herba
60. Minyak URUT dan Saraf
61. Minyak Kelapa Dara
62. Minyak Kacang Tanah
63. Minyak Jagung
64. Pakaian Kanak-Kanak Lelaki
65. Pakaian Kanak-Kanak Perempuan
66. Pakaian Baby
67. Pakaian Budak Remaja Lelaki
68. Pakaian Budak Remaja Perempuan
69. Pakaian Dewasa Lelaki
70. Pakaian Dewasa Perempuan
71. Langsir
72. Selipar pelbagai kategori
73. Kasut pelbagai kategori
74. Getah Kasut dan Selipar
75. Peralatan Elektrik
76. Peralatan Pembuatan Rumah
77. Peralatan Handmade Produk
78. Peralatan Homemade Produk
79. Parang, Pisau, Cangkul dan Kapak
80. Botol, Plastik dan Plastik Aluminium
81. Tudung
82. Telekung
83. Sejadah
84. Kopiah
85. Meja
86. Kerusi
87. Almari
88. Kabinet
89. Rak
90. Sudu dan Garpu, Chopsticks.
91. Pinggan Mangkuk
92. Cawan dan Jug atau Teko
93. Periuk, Kuali dan Belanga
94. Sudip dan Senduk
95. Beehon
96. Meehon Kering
97. Santan
98. Papan Pemotong
99. Dapur
100. Cerek
1. Mekanik
2. Plumbing
3. Tukang Baiki Rumah
4. Tukang Baiki Peralatan Elektrik
5. Tukang Cat
6. Designer
7. Tutor
8. Guru Tuisyen
9. Pereka Kraf
10. Pembimbing Motivasi
11. Pembimbing Usahawan
12. Guru Baker's
13. Guru Katering
14. Guru Rotet Makanan Frozen
15. Guru Tailoring
16. Guru Pelukis
17. Guru Karikator Animasi
18. Guru Website
19. Guru Marketing
20. Guru Shooting
21. Pembimbing Pertanian
22. Pembimbing Perladangan
23. Pembimbing Penternakan Ikan
24. Pembimbing Penternakan Udang
25. Pembimbing Penternakan Ayam
26. Pembimbing Penternakan Kambing
27. Pembimbing Penternakan Lembu
28. Guru Mengaji
29. Fashion Designer
30. Pembuat Kertas Pola Pakaian
31. Guru Pembuatan Beg
32. Pengeluar Kain Leather
33. Pengeluar Kain Kapas
34. Pembimbing Pembuatan Batik
35. Pembimbing Pembuatan Songket
36. Pembimbing Pembuatan Tikar
37. Pembimbing Pembuatan Toto
38. Pembimbing Pembuatan Bantal
39. Pembimbing Pembuatan Makanan Frozen
40. Pembimbing Pembuatan Biskut
41. Pembimbing Pembuatan Kek
42. Pembimbing Pembuatan Kuih Raya
43. Pembimbing Pembuatan Kerepek
44. Pembimbing Pembuatan Keropok
45. Pembimbing Pembuatan Retot Tin
46. Pembimbing Pembuatan Retot Kaca
47. Pembimbing Pembuatan Retot Aluminium Packaging
48. Pembimbing Pembuatan Makanan Ready Stock
49. Pembimbing Pembuatan Rumah
50. Pembimbing Pembuatan Rempah
51. Pembimbing Pembuatan Herba
52. Pembimbing Pembuatan Sambal
53. Pembimbing Pembuatan Bahan-bahan Pembuatan Makanan dalam Botol, Aluminium dan Serbuk
54. Pembimbing Pembuatan Minyak
55. Pembimbing Pembuatan Minyak URUT dan Saraf
56. Pembimbing Pembuatan Homemade Produk Skincare dan Health Care
57. Pembimbing Pembuatan Selipar
58. Pembimbing Pembuatan Kasut
59. Pembimbing Pembuatan Kain
60. Pembimbing Pembuatan Tenun Kain
61. Pembimbing Umrah
62. Pembimbing Haji
63. Pembimbing Pembuatan Makanan dan Minuman F&B
64. Pembimbing Pembuatan Batu Bata
65. Pembimbing Pembuatan Meja dan Kerusi
66. Pembimbing Pembuatan Almari dan Rak
67. Pembimbing Pembuatan Lampu dan Penjanaan Elektrik
68. Guru Coding
69. Guru Apps
70. Guru Ai
71. Guru Design
72. Guru Copywriting
73. Guru Personal Branding
74. Guru Pembuatan Buku
75. Guru Pembuatan Ebook
76. Guru Perniagaan Media Sosial
77. Guru Running Ads
78. Guru Pembuatan Ubat-ubatan Tradisional
79. Bekam
80. Guru Bekam
81. Akupunture
82. Guru Akupunture
83. Rukyah
84. Guru Rukyah
85. Marketing
86. Guru Marketing
87. Iklan
88. Guru Pengiklanan
89. Apps Developer
90. Apps Designer
91. Apps For Marketing
92. Shooting Produk
93. Snapshoot Produk
94. Guru Shooting Produk
95. Guru Snapshoot Produk
96. Penasihat Perniagaan
97. Affiliate
98. Dropship
99. Ejen
100. Stokis
1. Poster Iklan
2. Poster Info Graphics
3. Poster Content
4. Poster Promosi
5. Poster Testimoni
6. Poster Graphics
7. Poster Motivasi
8. Poster Knowledgeable
9. Banner
10. Bunting
11. Backdrop
12. Flayes
13. Template
14. Menu
15. Brochure
16. Logo
17. Sticker
18. Label
19. Packaging
20. Packing
21. Kertas Pembungkusan
22. Kotak Pembungkusan
23. Mock Up
24. Iklan
25. Ebook Pdf
26. Ebook Flipping
27. Ebook Digital
28. Ebook Printing
29. Buku
30. Buku Nota
31. Buku Planner
32. Majalah
33. Kupon
34. Website Landing Pages
35. Website Sale Pages
36. Blog Perniagaan
37. Blog Peribadi
38. Website E-commerce
39. Website E-Learning
40. Bio Link
41. Copywriting
42. Marketing
43. Iklan
44. Shooting
45. Video Shoot
46. Ebook Animasi
47. Video Animasi
48. Running Ads
49. Facebook Ads
50. Instagram Ads
51. TikTok Ads
52. YouTube Ads
53. Google Ads
54. Content Creator
55. Admin Medsos
56. Slide Presentation
57. Coding
58. Developer Website
59. Developer Apps
60. Developer Payment Gateway
61. TikTok Live
62. Shoppee Live
63. Ghost Writter
64. Personal Shopper
65. Calendar
66. Planner
67. Photo Book
68. Invoice
69. Resepi
70. Resit
71. Video Iklan
72. Video Animasi
73. Video Karton
74. Ai Photo
75. Ai Video
76. Ai Logo
77. Ai Documents
78. Ai Info
79. Ai Artikel
80. Ai Book
81. Ai Story
82. Ai Knowledge
83. Ai Akademik
84. Ai Coding
85. Ai Form Online
86. Ai Landing Pages
87. Ai Design
88. Media Sosial
89. Facebook
90. Instagram
91. TikTok
92. Lemonade
93. YouTube
94. Timer
95. Background Design
96. Cover Design
97. Produk Mock Up
98. Element
99. Font
100. Penanda Buku