PERKONGSIAN BLOG UNTJK PARA USAHAWAN DAN PELAJAR AKADEMI LATIHAN DIGITAL KOMUNITI PERSATUAN PERDANA.
Sejarah perniagaan bermula sejak zaman purba dengan sistem barter, berkembang melalui revolusi perdagangan dan perindustrian, hingga menjadi ekonomi digital global hari ini. Evolusinya mencerminkan perubahan teknologi, budaya, dan keperluan manusia.
Pada Zaman Purba (±3000 SM – 500 M). Manusia menggunakan Sistem Barter iaitu pertukaran barang seperti gandum, garam, dan ternakan antara individu atau komuniti.
Manakala Perdagangan Awal yang melibatkan perkembangan Tamadun Manusia. Dari manusia yang berskala keluarga kecil hingga kepada masyarakat yang akhirnya membentuk satu sistem pentadbiran dan pemerintahan.


Lalu berkembanglah perniagaan yang bermula dari perniagaan bahan mentah, produk siap dan separuh siap, termasuk perkhidmatan dan pelbagai lagi kemudahan yang lain.
Ini terbukti dengan lahirnya beberapa Tamadun Awal yang telah membina Tamadun Manusia seperti Mesopotamia, Mesir, India, Arab, China dan Nusantara.
Hal ini diperkembangkan lagi melalui perniagaan antarabangsa. Dimana pelbagai negara berniaga dari satu negara ke negara yang lain. Contohnya, Negara Arab dan India meniagakan Rempah Ratus, China meniagakan Tembikar dan Ubat-ubatan, manakala Nusantara berniaga Herba, Emas dan Fasaliti untuk pertemuan diantara pedagang-pedagang dari Timur dan Barat.

Perkembangan Tamadun Manusia ini boleh dilihat dalam Sejarah Manusia, dimana berlakunya evolusi perniagaan berdasarkan geografi dan musim. Contohnya orang Arab, India dan China melakukan perjalanan perniagaan antarabangsa melalui jalan darat dan jalan laut.
Jalan darat ada yang menggunakan unta, kuda, baghal, gajah dan lain-lain untuk angkut perniagaan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain.
Manakala dari Jalan Laut pula menggunakan Kapal Layar yang diperbuat dari kayu dan kemudian dari besi.

Contohnya, Tanah Melayu terkenal dengan Herba, Rempah Ratus, Ubat-ubatan, Emas, Biji Besi, Biji Timah dan pelbagai lagi termasuk kayu-kayan berharga. Diniagakan sepanjang Sejarah Peradaban Tanah Melayu yang bermula sejarahnya dengan Kedah Tua, Melayu Melaka, hingga ke hari ini.
Perkembangan perniagaan ini turut disumbangkan dengan adanya pertukaran nilai seperti emas dinar, emas gold bar, perak dirham atau kati, syiling tembaga atau gangsa dan sebagainya. Hal ini memudahkan urusan kerja transaksi jual beli berlaku.
Seiring dengan perkembangan Zaman iaitu Zaman Pertengahan antara 500-1500M. Wujudnya persatuan yang bertugas mengawal kualiti dan harga barang.
Dalam masa yang sama, kerja manusia dikategorikan kepada dua iaitu Pertama, Agraria yang berasaskan kepada pertanian, penternakan dan perladangan termasuk memungut hasil hutan.

Kedua, Maritim yang melibatkan penangkapan Ikan, pembuatan Kapal, pembuatan bahan yang diolah dari hasil laut seperti keropok, budu, dan juga pelabuhan kapal dari pelbagai negara yang bertindak sebagai Tempat Landasan Perniagaan Antarabangsa seperti yang berlaku pada Zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Perkembangan Tamadun Islam sewaktu Zaman Umayyah, Abbasiyah Uthmaniyah, Indus, China dan Nusantara. Turut menjadi asbab kepada perkembangan perniagaan kerana berlakunya revolusi pendidikan dunia melalui kerja-kerja Dakwah didalam Perniagaan.
Dimana dalam sistem ini, wujudnya sistem penulisan yang membolehkan hutang dan kredit dilakukan dalam urusan perniagaan. Konsep kreditnya adalah seperti yang kita kenali sekarang ini, guna dahulu bayar kemudian mengikut kadar masa dan harga yang telah disepakati sama ada menggunakan saksi mahupun barang cagaran.
Seiring dengan perkembangan perkembangan revolusi industri diantara tahun 1750-1900M. Perniagaan yang bersifat perladangan dan pengeluaran besar-besaran dapat dilakukan dengan skala yang sangat besar sehingga pelbagai jenis industri perniagaan dapat dilaksanakan.
Seiring dengan itu juga, wujudnya bank dan wang kertas diperkenalkan untuk kemudahan transaksi perniagaan dan kemudahan kredit komuniti kepada para peniaga mahupun orang-orang yang hendak berhutang.

Dalam masa yang sama wujudnya pelbagai kemudahan dalam perniagaan seperti pertanian, perladangan, perkilangan, pemborong, pembekal, peruncit, kedai, warung, gerai, dan sebagainya.
Ini terus dikembangkan melalui penjanaan modal menggunakan profit sharing melalui bursa saham. Dimana ianya dalam bentuk pelaburan, dikembangkan duit sedia ada untuk mendapatkan keuntungan.
Wujudnya industri dalam bidang automotif turut menjadi penyumbang kepada perkembangan perniagaan. Dimana barang-barang dihasilkan mampu dihantar ke pelbagai tempat dalam yang sama untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat setempat.
Manakala pada Zaman Moden dan Digital yang bermula pada tahun 1900-kini 2026. Kita dapat melihat perkembangan perniagaan yang sangat pesat.
Dulu, perniagaan hanya melalui offline. Dimana untuk mendapatkan barang-barang hendaklah kita pergi kedai, pasar pagi, pasar tani, pasar malam, hypermarket.
Namun kini, perniagaan kebanyakan dilakukan secara online. Walaupun offline tetap menjadi pilihan utama. Namun persaingan perniagaan secara online adalah jauh lebih besar.
Apa lagi dengan wujudnya perniagaan secara shop online atau e-commerce seperti shopee, tiktok, facebook, instagram, website dan apps. Perniagaan semakin kompleks dan berjalan sangat laju seiring dengan perkembangan Teknologi.
Dulu pemasaran perniagaan dari mulut ke mulut. Kemudian dari kertas ke kertas. Namun kini, perniagaan dipromosikan secara meluas dalam media sosial, website, apps, media massa dan tidak kurang juga di jalanan.
Jika dulu semua transaksi melibatkan Wang fizikal. Di era Moden kini, semua transaksi dilakukan secara cash less atau transaksi online seperti e wallet, qr code, payment gateway dan sebagainya.
Hal ini memudahkan lagi urusan jual beli tanpa had. Dalam masa yang sama perkembangan industri dalam bidang postage atau penghantaran dari rumah ke rumah. Turut memudahkan urusan perniagaan itu sendiri.
Begitulah industri perniagaan terus berkembang tanpa henti, malah kini semuanya dibantu pula dengan Teknologi dan Artificial Intelligence atau Ai. Bagi memudahkan setiap titik-titik perniagaan dilaksanakan dengan baik dan memudahkan urusan pekerjaan tanpa perlu memikirkan pelbagai masalah seperti promosi, iklan dan sebagainya.
Walaupun tidak sebagus kerja-kerja manusia. Namun mampu meringankan atau mengurangkan kos-kos perniagaan yang melibatkan banyak manusia yang terlibat didalam
melestarikannya.

Blog ini ditulis sepenuhnya oleh Ustazah Unna Ays
(Lahan Ilmu.)
Persatuan Perdana.
Akademi Latihan Digital Komuniti.
31 Disember 2025.
Rabu.